cerai
assalamualaikum ustaz.
saya ingin bertanya tentang pebahagian harta sepencarian bila pasangan suami isteri bercerai.
masalah saya begini. sebelum menikahi isteri saya,(janda anak 5) dia mempunyai sebuah kereta viva yang telah setahun dibayar. apabila saya bernikah dengan dia,dia tidak bekerja. jadi sayalah yang menyambung bayaran bulanan viva tersebut dan kereta ini saya buat sebagai kenderaan utk saya berniaga sbg kontraktor letrik. pejabat yg saya sewa guna nama istri sy dan segala-galanya saya guna namanya. saya memulakan perniagaan kontraktor elektrik sebulan sebelum kahwin dgn istri saya. semua pendaftaran syarikat dan akaun bank syarikat menggunakan nama istri saya. selepas setahun berkahwin dan syarikat saya agak maju. saya telah membuat pinjaman di bank atas nama syarikat yg didaftarkan atas nama istri saya tadi.dan saya telah membelikan istri saya kereta naza ria dgn membayar deposit menggunakan duit pinjaman bank td. dgn alasan ingin istri sy snang menggunakan kereta besar. dan sy tetap guna viva kerana kos minyak yg jimat.
masalah saya bermula apabila saya kerugian dlm satu projek dan stor saya telah kena pecah masuk. pada masa tu viva dh 2 bln saya x mampu byr. pergaduhan berlaku. sy dihalau keluar rumah, kononya rumah dia, sbb nama dia. viva di ambil dn dia beri pada anaknya. apabila berbaik semula. dia tak beri semula viva yg saya guna utk mencari rezeki. naik motorlah saya, kerana itu yg nama sy. bekerja seorang diri behujan panas. saya tak dapat ceritakan mcmana siksanya kontraktor bekerja naik motor sorang2, rasanya tak pernah jumpa lagi.
selalulah pergaduhan berlaku kerana sy kerja sampai lewat malam. 3 bln terakhir, dia mendapat duit dari arwah bekas suaminya yg baru meninggal dn dia buka restoran dibawah pjbt saya. bila dia berniaga pandai cari duit sendiri, setiap pergaduhan punca dari duit. kononya saya tidak beri dia duit, makan pun dia cari sendiri, ustaz dah dia tokey restoran, dia berkira dgn saya . bila saya katakan sy hanya mampu dgn apa yg ada skrg sbb sy kerja guna motor dn minta kereta viva semula. dia x berikan. saya sabar dgn harapan dia berubah, pernah dia hempas al quran krn nk bersumpah yg dia benar2 minta cerai pada saya. nyaris saya pukul dia kerana tiada wudhuk dan menghempas quran. jadi ustaz, dalam 3 bln ni, saya hanya mampu bayar hutang bank sebanyak rm530 sebulan dan sewa pejabat rm500. itupun telah tertunggak 2 bln. dan saya tak mahu lagi bayar viva dan naza kerana saya tak dibenarkan guna sendiri.
setahu saya, harta sepencarian adalah harta yg diperolehi bersama tak kira atas nama siapa. kerana tak semestinya penama yg membayar.
saya hendak menghantar borang permohonan cerai.
alasan saya:
1.berulang kali dia minta cerai hingga sanggup hempas al quran.
2.dia sudah tidak mahu dengan saya kerana ketika ini saya susah dan tidak beri dia wang.
3.usaha perbaiki sudah berulangkali saya cuba, tapi dengan jelas dia berkata sudah tidak mahu perbaiki hubungan kami
soalan saya.
Ustaz…
bolehkah saya menuntut harta sepencarian yang semuanya nama istri saya?
bolehkah saya tuntut :
1. syarikat atas nama dia. termasuk semua akaun bank. krn telah didaftarkan dgn M.O.F
2. kereta naza ria.
3. premis pejabat yang saya sewa
saya tuntut syarikat kerana saya yg memajukan dn dia dah daftar satu lagi syarikat atas nama lain.
saya tuntut naza ria. kerana dibeli hasil dari usaha saya dan dia dah ada viva. saya akan bayar loan bank krn saya adalah penjamin
saya tuntu pejabat, kerana dia sudah ada restoran ditingkat bawah.
untuk pengetahuan ustaz. saya mempunyai rekod akaun keluar masuk syarikat.
BOLEHKAH SAYA TUNTUT KETIGA2 YANG DI ATAS DAN BAGAIMANA CARANYA?
harap ustaz membantu saya kerana sekarang saya telah dihalau keluar tanpa apa2
Incoming search terms:
- masalah kereta naza ria
- memulakan perniagaan restoran
- soal jawab cerai rujuk
- kereta naza
- soal jawab cerai dan rujuk
- masalah naza ria
- nama syarikat elektrik
- naza ria masalah
- nikah cerai
- pandangan ustaz isteri minta cerai